Laporan/foto: M Zakry Chan/Nur Fariza Farnoh (Melaka)
AYER KEROH, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Teka-teki politik Negeri Melaka berakhir dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusof dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu, sebentar tadi.
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Dewan Utama Seri Negeri, di sini.
Ab Rauf, 62, adalah anak kelahiran, Kampung Pulau, Masjid Tanah pernah dilantik sebagai Pengerusi Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Negeri Melaka dari tahun 2018 hingga 2023.
Beliau dilahirkan dari keluarga petani dan penoreh getah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah kemudian ke Sekolah Menengah Ghaffar Baba Masjid Tanah dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Institut Kemahiran Mara pada tahun 1975.
Berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pernah memegang jawatan dalam syarikat yang tersenarai dalam bursa saham.
-ZS-