Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bulan Ramadan Platform Terbaik Rebut Ganjaran Dijanjikan

By 1 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Bulan Ramadan adalah platform terbaik buat umat Islam untuk mentarbiahkan jiwa dan mengubah manusia menjadi orang yang lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Demikian antara intipati Tazkirah Ramadan yang bertajuk ‘Mudahkan Amalan, Indahkan Ramadan’ oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Hafidz Mohamad Sulaile, Timbalan Qadi Daerah Kuantan.

Dalam pada itu, beliau juga mengajak semua yang hadir untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah SWT pada bulan yang mulia ini serta mengelakkan perkara-perkara yang mungkar.

“Antara amalan yang digalakkan adalah mengerjakan solat tarawih, membaca al-Quran dan bersedekah serta tidak melepaskan peluang merebut ganjaran Lailatul Qadar di 10 malam yang terakhir bulan Ramadan,” jelasnya.

Rosfadzilawati Abd Rashid, 43, berpendapat ceramah yang disampaikan amat bagus dan banyak memberikan kesedaran kepadanya untuk melipat gandakan ibadah pada bulan mulia ini.

“ Persoalan yang diajukan juga dijawab baik dan dengan penjelasan lengkap,” katanya.

Manakala seorang lagi peserta Aineeyanti Sidek, 45, berkata ilmu yang dikongsi penceramah cukup bermaafaat dan ada beberapa persoalan yang selama ini kurang jelas atau kekeliruan berkenaan amalan di bulan Ramadan telah terjawab.

-ZS-

Tinggalkan komen anda