Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

APMM Digerakkan Bantu Mangsa Banjir di Johor

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digerakkan untuk membantu mangsa banjir di Johor.

“Saya telah memaklumkan akan ada bantuan anggota APMM dari Selangor dan Kedah yang akan ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri Johor.

“Saya juga telah menelefon secara peribadi Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menggerakkan kakitangan dibawah agensi dan kementerian tersebut bagi membantu petugas PPS yang sudah mula keletihan,” ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, di sini pagi tadi.

Beliau menyantuni seramai 352 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 105 keluarga dengan menyampaikan bantuan kit makanan sambil beramah mesra bersama mereka.

Armizan turut membuat lawatan ke PPS Dewan Serbaguna Pagoh yang menempatkan seramai 142 mangsa banjir yang terdiri daripada 44 keluarga dan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Muar di Bangunan Istana Tanjung bagi menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Banjir Daerah Muar yang disampaikan oleh Pegawai Daerah.

Setakat ini sebanyak 19 buah PPS masih aktif dibuka di Muar dan menampung seramai 3,624 penduduk yang terdiri 1,062 keluarga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda