Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Siti Di Alam Fantasi 2.0 Imbau Kenangan Kanak-Kanak

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat Melaka julung kalinya menyaksikan secara langsung Pementasan Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi 2.0 bermula pada 3 hingga 5 Mac yang berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

Menurut sutradara pementasan teater, Lokman Ghani kali ini ia berkonsepkan di luar Istana Budaya di mana watak utama yang dibawa oleh pelakon Mia Sara Nasuha dilihat mampu memberi aura tersendiri dalam membawa watak Siti yang sebelum ini pernah dibawa oleh pelakon Janna Nick dan Amy Mastura.

“Kita bawakan teater ini ke Auditorium Panggung Seri JKKN Melaka, kerana mahu memberi peluang kepada rakyat negeri ini melihat sendiri khususnya kepada peminat naskah berbentuk muzikal yang mana versi terdahulu dipanggungkan di Istana Budaya,” katanya.

Persembahan teater muzikal kanak-kanak yang mengimbau kembali fenomena suatu ketika dulu ini turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda