Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sumbangan Bakul Rahmah kepada Mangsa Banjir

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub telah turun padang memberi sumbangan makanan Bakul Rahmah serta barang-barang keperluan kepada mangsa banjir di sini pagi tadi.

Antara Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menerima sumbangan Bakul Rahmah tersebut adalah PPS Dewan Orang Ramai Pekan Parit Yaani, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok dan PPS SK Sri Binjai.

Salahuddin turut menyeru rakan-rakan strategik, tokoh-tokoh korporat dan rakan-rakan perniagaan untuk bersama-sama turut serta menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Johor Azrin Mohd Ripin, peniaga yang terkesan akibat banjir boleh membuat penggantian sijil secara percuma beserta dokumen sokongan.

Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan pula berkata, peningkatan mangsa banjir juga telah mengakibatkan pertambahan PPS dan bekalan makanan tidak mencukupi.

Turut sama memberikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir adalah SSM Negeri Johor dan syarikat Lazada.

-ZS-

Tinggalkan komen anda