Skip to main content
Berita TempatanPutrajaya

‘Authentic Sabah Mart’ Bantu Promosi Produk Tempatan Sabah di GM Klang

By 10 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/GM Klang 

PUTRAJAYA, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe telah menyempurnakan perasmian ‘Authentic Sabah Mart’ di Atrium, Pusat Borong GM Klang hari ini.

‘Authentic Sabah Mart’ merupakan jalinan kerjasama antara Pusat Borong GM Klang dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR) dalam mempromosikan produk tempatan dan jenama serantau, semuanya dibawah satu bumbung. Di mana ianya akan menawarkan variasi barangan tempatan Sabah buatan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) dari Sabah sendiri.

Menurut Pengarah Urusan Pusat Borong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok, berkata GM Klang sentiasa proaktif dalam membina kerjasama dengan badan dan agensi-agensi kerajaan dalam usaha menyediakan sebuah platform hubungan perdagangan serantau di sini.

“Perkembangan positif dapat dilihat di Authentic Sabah Mart ini sejak beberapa bulan lalu ia mula beroperasi apabila pembekal produk Sabah terus menambah stok produk mereka di atas permintaan ramai.

“Dari satu rak gondola menjual produk makanan sahaja, kini, kesemua rak gondola penuh terisi dengan produk makanan ringan, minuman segera, aksesori fesyen tradisional dan penambahan mesin kopi dengan pelbagai menu minuman tersedia di sini,” katanya ketika ditemui media.

“Oleh itu, kami berharap pada tahun 2023 ini akan menjadi tahun pembukaan lebih banyak kedai sebegini supaya kita dapat sama-sama memartabatkan produk-produk tempatan kepada pengunjung-pengunjung luar,” ujarnya.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Authentic Sabah Mart GM Klang hari ini adalah Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah serta Datuk Andi Muhammad Suryady, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda