Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Anak-Anak Tanjung Bidara Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah

By 11 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara hari ini telah menganjurkan program Back to School kepada anak-anak Tanjung Bidara sempena pembukaan sekolah tidak lama lagi.

Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu para ibu bapa meringankan beban di kala impak keadaan kelembapan ekonomi memberi kesan kepada negara ketika ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh, sumbangan diberikan ini diharap dapat meringankan beban keluarga di sekitar Tanjung Bidara.

“Seramai 100 pelajar Sekolah Kebangsaan dan 60 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar DUN Tanjung Bidara telah menerima sumbangan ini di mana mereka yang terpilih di antara keluarga asnaf dan anak yatim,” katanya.

Program Back to School yang berlangsung di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara ini turut menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada pelajar-pelajar.

-ZS-bck gm

Tinggalkan komen anda