Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan Khas RM50 Juta untuk Mangsa Banjir Johor

By 6 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM50 juta bagi mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini peruntukkan sebanyak RM10 juta juga telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Selain itu, kelulusan khas bagi daerah Batu Pahat iaitu Projek Tebatan Banjir khusus kawasan Parit Sulong turut di umum oleh Perdana Menteri dan projek ini akan disegerakan sebelum Jun ini.

“Kerajaan negeri akan bertungkus lumus membantu dari segi apa yang termampu untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya ketika menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Medan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata selain peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sumbangan dari pihak swasta, badan tidak berkanun serta sumbangan orang ramai turut diterima.

“Contohnya pada petang ini kita menerima sumbangan dari Tabung Haji iaitu berbentuk kit solat diberikan kepada mangsa banjir di PPS ini.

“Kita juga memastikan penghuni PPS di sini terjaga dan memastikan Jabatan kesihatan membuka kaunter kesihatan secara berjadual untuk mangsa-mangsa banjir mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” tambahnya lagi.

Salah seorang mangsa banjir, Norhani Harun, 45, berkata walaupun ditimpa musibah, mereka tetap tenang kerana banyak pihak membantu dan menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

“Terima kasih kepada kerajaan sekarang yang sangat prihatin dan sentiasa mendahulukan rakyat, katanya yang sudah tiga hari dua malam di PPS ini,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kawasan Sri Medan Zulkurnain Kamisan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Batu Pahat serta pemimpin-pemimpin tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda