Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bekalan Makanan Cukup Menjelang Ramadan

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin memberi jaminan bekalan makanan di pasaran mencukupi menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa proaktif khususnya dalam menangani isu kekurangan bekalan makanan di seluruh negara termasuk kawasan dilanda bencana banjir.

“Sejak November hingga sekarang FAMA telah mengagihkan lebih 18 juta telur ayam kepada 369 outlet dan usahawan seluruh negara.

“Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Khas Pasca Banjir di Johor telah dianjurkan sebanyak 20 kali sejak Februari lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya kepada media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat FAMA, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Datuk Mohamad Mustahapa Awang yang memberikan taklimat strategi pengoperasian dan intervensi agensi berkenaan.

Menurutnya, untuk menghadapi cabaran dalam segmen keterjaminan makanan, sehingga Februari tahun ini, FAMA telah membangunkan 1,568 outlet peruncitan dan 57,108 usahawan dan mencatatkan nilai jualan RM387 juta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda