Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Tensor Ring’ Kraftangan Hasil Teknologi Purba

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Pasti ramai tidak pernah mendengar kraftangan ‘tensor ring’ yang terhasil dari teknologi purba menggunakan wayar tembaga yang dipintal pada ukuran tertentu dan ditemukan kedua hujungnya sehingga membentuk gegelung cincin dengan diameter yang diingini.

Menurut Ketua Pemasaran dan Jualan Borneo Tensor, Mainoorsyila Kutimin, ‘tensor ring’ bukan sahaja untuk kegunaan kesihatan malah dijadikan hiasan rumah bagi mewujudkan tenaga positif dalam kehidupan seharian.

“Kalau di Sabah, produk ini masih belum menerima sambutan yang baik berbanding di Semenanjung.

“Baru-baru ini saya juga menyertai Festival Kraf Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur dan saya terkejut produk kami menerima respon yang baik.

“Boleh dikatakan, kami adalah pertama yang menghasilkan produk ‘tensor ring’ di Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di FKK 2023, di sini hari ini.

Katanya, harga jualan kraftangan itu adalah dalam lingkungan harga RM66 sehingga RM3,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda