
Laporan/foto: Saiful Zalizan Yaacob /Nor Juliana Jamri
KAJANG, 21 Mac (Malaysiaakif) – Peranan Individu dalam sistem pemulihan penjara dihargai pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini dengan penganugerahan pingat sebagai pengiktirafan tertinggi menteri dan jabatan kepada individu terpilih atas kesetiaan berbakti dalam sistem pemulihan jabatan.
Norhisham Kamarudin, 43, penerima Pingat Johan Bakti Setia, berkata beliau merupakan antara individu yang berperanan dalam mengubal akta dan undang-undang yang diguna pakai oleh pihak jabatan.
“Antara akta yang telah berjaya digubal ialah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti,” katanya.
Empat individu lain dianugerahkan pingat iailah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Hasbi Hassan, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Dato Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Ts. Dr. Haji Mohamad Sulaiman Presiden Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia Haji Ismail Mohd Khalil.
Penganugerahan pingat ini disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution.
-ZS-