Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraSelangor

‘Burhan’ Penarik Pesta Angin Timur Perlis 2023

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

SIMPANG AMPAT, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Jerami padi yang dibentuk menjadi burung hantu atau nama singkatannya ‘Burhan’ menjadi daya tarikan kepada pengunjung Pesta Angin Timur Negeri Perlis 2023 untuk bergambar dan berswafoto.

Menurut Ketua Cawangan Pengembangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1, Farhan Aziz Shamsuddin, ‘Burhan’ yang di perbuat daripada jerami padi dan direka oleh kakitangan MADA Negeri Perlis mengambil tempoh masa selama seminggu untuk disiapkan.

“Dengan ukuran 3.4 meter tinggi dan mempunyai 1.8 meter lebar, burung hantu dijadikan ikon kerana ia sangat sinonim dengan para petani kerana membantu para petani mengawal mahkluk perosak iaitu tikus yang selalu memakan benih padi,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Pesta Angin Timur Perlis 2023 yang kini berlangsung di Kampung Sungai Padang Simpang Ampat Perlis mulai 3 sehingga 5 Mac ini di penuhi pelbagai program dan keterlibatan pelbagai agensi.

Pesta Angin Timur merupakan program tahunan yang mula dianjurkan pada tahun 2011 bertujuan mendekatkan masyarakat khususnya di bahagian utara tanah air dengan pelbagai aktiviti seperti kegiatan seni, budaya dan warisan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda