Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Peniaga dan Pengunjung Teruja Kunjungan Menteri Besar Selangor

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Hulu Langat)

BANGI, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah berkunjung ke Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi pagi ini sempena program Jelajah #Kita Selangor Penyayang Daerah Hulu Langat 2023.

Kebanyakan peniaga dan pengunjung di pasar ini teruja apabila melihat sendiri Amirudin di hadapan mereka dan mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau.

“Saya berasa teruja dengan kehadiran Amirudin kerana dapat menyampaikan sendiri permasalahan peniaga di sini,” kata Pengerusi Penjaja Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Agus Salim Abdul Wahid.

Menurut Haji Sabini Haji Amran, 70, beliau merasakan Amirudin adalah pemimpin yang dekat dengan masyarakat dan kerap turun padang bertemu rakyat.

Amirudin turut menyantuni pengunjung dan para peniaga dalam program tersebut.

Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Daerah Hulu Langat merupakan lokasi kelima program tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Jualan Ehsan Rakyat, zumba aerobik, pameran Iltizam Selangor Penyayang, pameran agensi kerajaan dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda