Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Dialog Anak Muda – Temu Anwar Dapat Sambutan Hangat Belia

By 20 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahrul Ammar Jauhari/Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

“Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh saya tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara selagi mana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan kepentingan tertentu,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog Anak Muda – Temu  Anwar anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.

Dialog Anak Muda – Temu Anwar diadakan sempena Program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu lalu disertai kira-kira 1,500 orang peserta dan pertama kali diadakan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Seorang peserta Saraswathy Sivangnanam, 33, menyatakan beliau begitu teruja untuk menyertai dialog ini kerana dapat bersama belia lain menyuarakan pendapat dan soalan kepada Perdana Menteri.

Mah Zheng Wen, 29, pula, berkata beliau hadir bersama rakan-rakannya bagi menyuarakan pendapat bagi isu-isu semasa, malahan dapat mendengar sendiri pengalaman Anwar sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri.

Mohammad Haziq Mohammad, 26, merasa bangga kerana dialog hari ini (Ahad) dapat mengeratkan silaturahim dari pelbagai bangsa serta latar belakang yang mengambarkan perpaduan dan nilai Malaysia Madani, katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, dalam segmennya bertajuk ‘Pemerkasaan Belia Menerusi Platform Digital’, berkata Kerajaan dalam proses berterusan menyediakan perkhidmatan internet berkualiti dan murah di seluruh negara. Beliau juga menyentuh mengenai keselamatan data pengguna internet dan keselamatan awam ketika menggunakan media sosial.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan untuk memantau penggunaan media sosial agar tidak melampaui batas sehingga menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda