Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPahang

AADK Jerantut Rai Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf (Jerantut)

JERANTUT, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Pelbagai program dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jerantut sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan.

Menurut Ketua AADK Daerah Jerantut Mohd Fazil Johari, program jerayawara yang dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik AADK dan aktiviti pencegahan kepada masyarakat dilaksana selaras dengan hasrat kerajaan melalui Dasar Dadah Negara.

“Jika dilihat kepada statistik penyalahgunaan dadah di Jerantut, ia menunjukkan tren penurunan sejak lika tahun kebelakangan ini.

“Jumlah klien yang direkodkan adalah masih dalam keadaan terkawal mengikut kadar prevalens penyalahgunaan dan penagih dadah iaitu 0.4 peratus daripada jumlah penduduk atau 400:100,000 (klien:penduduk),” ujarnya.

Antara pengunjung yang hadir, Nurain Jalil, 33, dari Taman Teratai pula berasakan di samping dapat menyertai aktiviti yang dianjurkan, program ini juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih meluas berkaitan  bahaya dadah dan kesannya kepada masyarakat.

“Kita perlu sentiasa mengingatkan orang sekeliling bahawa dadah sangat berbahaya dan perlu dijauhi kerana pelbagai kesan buruk yang akan berlaku terutama kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk pameran Pejabat Penerangan Daerah Jerantut, Pejabat Perpaduan Daerah, pendaftaran pembukaan akaun dari CIMB Bank, persembahan penghibur jalanan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan permainan interaktif oleh AADK Jerantut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda