Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Peniaga Bangkit Selepas Pandemik COVID-19

By 20 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Wee Kim Bee (Pasir Mas)

KOTA BHARU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Ujian yang diterima peniaga di negeri ini semasa negara dan seluruh dunia dilanda COVID-19 sejak tahun 2020 lalu membuatkan mereka tabah di dalam usaha meneruskan perniagaan mereka.

Menurut Teh Siew Keep, 56, perniagaan menjual buah-buahan di Pasar Siti Khadijah hampir 25 tahun hampir musnah sewaktu COVID-19 melanda yang menyebabkan punca pendapatan terputus dan kehidupannya semakin tertekan.

“Saya cuba bangkit semula untuk mengubah corak perniagaan ke arah yang lebih pelbagai agar dapat bertahan lama dan mampu menarik minat orang ramai.

“Ketika itulah saya cuba belajar melalui Youtube cara mengait benang perhiasan dalam pelbagai corak dan bentuk,” katanya.

Ktanya, pada peringkat permulaan ianya hanya sebagai ubat penghibur hati dan pada waktu yang sama beliau cuba mempromosi hasil tangan tersebut kepada sanak saudara dan rakan taulan serta dalam dunia maya seperti Facebook dan Instagram.

“Tidak sangka permintaannya semakin bertambah dan menggalakkan bukan sahaja di Kelantan kini  saya sudah ada peminat yang tersendiri dari negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

“Antara koleksi hasil kraftangan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi seperti kotak tisu, baju sejuk, sarung kaki, rantai kunci, topi, sarung tangan, bag tangan dan sebagainya. Purata pendapatan bulanan kini mencecah hampir RM1,800 sebulan,” katanya.

Teh Siew Keep berpesan agar anak-anak muda di luar sana yang masih mencari-cari peluang pekerjaan mencuba menghasilkan kraftangan dalam pelbagai bentuk dan cara yang tersendiri.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda