Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Flash Mob’ Kejuaraan Petronoas Cub Prix Pusingan ke-2 Musim 2023

By 11 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Petronas Cub Prix Malaysian ke Daerah Jempol bagi menghadapi Pusingan ke-2 kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix yang akan berlangsung di Dataran Bandar Seri Jempol pada hari ini dan esok.

Sebagai langkah mempromosikan kejuaraan Petronas Cub Prix, pihak penganjur bersama Majlis Perbandaran Jempol telah mengadakan aktiviti ‘Flash Mob’ bersama para pelumba termasuk sesi beramah mesra dan sesi bergambar bersama masyarakat setempat di Pasar Tani Kekal, Bandar Seri Jempol semalam.

Menurut salah seorang urusetia program Rostam 40, ‘Flash Mob’ yang diadakan bertujuan mengajak orang ramai dan memberi peluang kepada masyarakat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disusun atur bersempena kejuaraan ini diadakan.

Daerah Jempol telah menjadi venue kejohanan semenjak tahun 2013 dan masih menjadi pilihan untuk Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysian pusingan yang ke-2 pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda