Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Imej Bandar Diraja Tarik Pengunjung ke Kuala Kangsar

By 16 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Wan Izati (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 48 kilometer dari Ipoh mendapat julukan Bandar Diraja kerana di sinilah berdirinya Istana Iskandariah, istana diraja Kesultanan Perak.

Lokasi ini sering menjadi tumpuan program atau majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak, dan pelbagai upacara yang melibatkan sultan.

Selain itu, bandar ini juga mempunyai nilai sejarah yang tersendiri hingga menarik minat pengunjung untuk datang bercuti pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Pengunjung, Hidayah Hamidi, 40, berkata dia kerap membawa keluarga ke sini untuk melawat bangunan-bangunan bersejarah sambil menikmati panoramanya.

“Kuala Kangsar mempunyai imej Bandar Diraja berdasarkan wujudnya istana diraja ini dan bangunan-bangunan warisan yang kebanyakannya berusia lebih 100 tahun.

“Wajarlah generasi muda masa kini menghayati nilai setiap bangunan warisan yang ada agar kekal terpelihara selain menjadi produk pelancongan di daerah Kuala Kangsar,” ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda