Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Jualan Peladang Cherok To’kun Meriah

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Karnival Jualan Peladang belangsung dengan meriah di Perkarangan Pejabat Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam, Cherok To’kun.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari semalam menyaksikan ramai pengunjung yang hadir bagi mendapatkan barangan basah dengan harga yang murah dan segar dari ladang.

Ramai pengunjung mendapatkan sayur-sayuran seperti bayam dan kangkung pada harga RM1 seikat serta bawang merah, bawang putih dan kentang pada harga RM5 sebungkus.

Abdul Halim Abu Bakar, 62, berkata barangan yang dijual adalah murah selaras dengan kempen kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Program sebegini perlu diadakan setiap minggu bagi menggalakkan masyarakat untuk membeli dengan harga yang berpatutan, murah dan segar dari ladang,” katanya.

Karnival ini dirasmikan oleh Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Negeri Pulau Pinang Datuk Haji Ismail Umar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda