Laporan/video: Norshazila Ahmad/Syafiq Saleh (Selangor)
SHAH ALAM, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Orang ramai sekitar Shah Alam berpeluang merasai suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi apabila Kumpulan Media Karangkraf mengambil inisiatif menganjurkan program Iftar ala Madinah @ Karangkraf sepanjang bulan Ramadan.
Program ini bukan sahaja menawarkan juadah berbuka puasa secara percuma malah turut disajikan dengan pengisian tazkirah, kuiz, peraduan teka buah kurma serta penampilan khas daripada selebriti dan tokoh agamawan tanah air.
Rata-rata pengunjung yang ditemui bersyukur dengan pelaksanaan program ini kerana dapat membantu menjimatkan perbelanjaan harian berbanding berbelanja di bazar Ramadan atau menyediakan makanan sendiri.
Program Iftar ala Madinah @Karangkraf musim ketiga ini, bermula sejak 24 Mac lalu hingga 18 April ini mampu menampung seramai 1,000 pengunjung setiap hari.
-ZS-