Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kemunculan Pak Belalai Gemparkan Penduduk

By 7 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Basharudin/Farah Shaherza

KUANTAN, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Kelibat seekor gajah dipercayai tersesat dan muncul di Taman Pandan Damai jalan pintas Bukit Rangin-Kuantan petang semalam telah mengejutkan penduduk di taman perumahan berkenaan.

Bimbang dengan situasi itu, penduduk taman telah menghubungi pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk memaklumkan perkara kejadian untuk tindakan lanjut.

Seorang penduduk Mohd Shahidan, 30, ketika ditemui berkata, lebih kurang pukul 5.00 petang beliau terdengar seakan bunyi pelik seperti berdengus yang agak kuat.

“Ketika saya keluar dari rumah untuk melihat kawasan sekeliling, saya terkejut kerana ternampak kelibat seekor gajah,” katanya.

Pegawai PERHILITAN Negeri Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian seekor gajah yang memasuki taman perumahan itu kira-kira pukul 5.00 petang semalam dan telah menyerahkan kes tersebut kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah untuk memindahkan gajah berkenaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda