Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Komuniti Rahmah Pupuk Perpaduan Malaysia Madani

By 1 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Melestari Komuniti Rahmah adalah satu dasar kerajaan untuk memupuk perpaduan dan menyebar rahmah kepada rakyat.

Menurut Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan Haji Mahadi Awang, rahmah bererti kasih sayang, pentadbiran yang membawa mesej sopan-santun keprihatinan dan mengeratkan hubungan sesama insan.

“lslam adalah agama rahmat sekelian alam. Pentadbiran yang menghargai kemakmuran, melestarikan hidup dalam kedamaian serta mengukuhkan perpaduan.

“Marilah sama-sama kita menyuburkan semangat cintakan pada agama, bangsa dan negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik anak-anak, apabila mereka besar nanti menjadi insan berakhlak dan berilmu,” katanya di majlis penutup program YADIM Kolaboratif: Melestari Komuniti Rahmah di Dewan Komuniti Kampung Kuala 3, Gual lpoh, di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kuala 3 Rakeman Hasbullah berkata, beliau sangat terharu dan gembira dengan sambutan penduduk tempatan yang menjayakan program itu.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Program ini mendapat kerjasama baik daripada semua penduduk.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua agensi kerajaan yang turut sama turun padang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di sini,” katanya.

Lebih 500 orang hadir dalam program anjuran YADIM Negeri Kelantan, Pejabat Perpaduan Negara dan lntergrasi Nasional Daerah Tanah Merah, Pejabat Penerangan Daerah Tanah Merah dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda