Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sahabat Prihatin Kota Terima Sumbangan Laptop dan Komputer daripada KWAP

By 1 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Sahabat Prihatin Kota pada Isnin lalu menerima 50 buah laptop dan 50 buah komputer sumbangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Nik Amalizan Mohamed.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Sahabat Prihatin Kota Syaiful Azman Hj. Mohd Zin, beliau bersyukur kerana permohonan yang dibuat pihaknya kepada KWAP pada tahun lepas telah diluluskan.

“Laptop dan komputer yang diterima akan diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Pemberian ini diharap dapat mengurangkan beban kos untuk pembiayaan pelajaran anak-anak mereka.

“Terima kasih kepada KWAP yang hadir memberikan penerangan tentang peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan selain melaksanakan inisiatif tanggunggjawab sosial korporat,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Syaiful Azman turut berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau, Pusat Khidmat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kota dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang memberikan dorongan dalam usaha pertubuhan tersebut membantu masyarakat di kawasan tersebut.

Menurut penerima Misnah Badrun, 45, program memberikan peranti percuma untuk pembelajaran anak-anak ini amat baik kerana ia sangat membantu meringankan kos perbelanjaan keluarga golongan berpendapatan rendah.

Penyampaian sumbangan peralatan persekolahan dan ziarah kasih kepada tiga orang pesara terpilih di kawasan ini turut diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda