Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Jabatan Pertanian SPU
PERMATANG MANGGIS, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM27,500 telah diperuntukkan kepada Koperasi Mini Estet Padi Permatang Manggis (MEPPM) sebagai insentif Pembangunan Kelompok Tani oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.
Insentif ini diberikan bertujuan untuk menaik taraf serta meringankan beban petani di sini.
Menurut Pengerusi MEPPM, Abdul Razak Salleh, 50, ketika ditemu bual di sini baru-baru ini, berkata peruntukkan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian ini merupakan suntikan semangat kepada para petani khususnya bagi para pesawah.
Selain itu, MEPPM turut dianugerahkan Sijil Kelulusan Koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Insentif Menaik taraf Projek Padi Bersekala Besar dalam majlis ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang Noor Mazirah Teh dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pulau Pinang Norlelah Shamsudin.
-ZS-