Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Masjid, Surau di Setiawangsa Terima Sumbangan Ihya Ramadan

By 18 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Harman Mohammad Khalid/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Sumbangan sebanyak RM121,500 telah diagihkan semalam kepada semua masjid dan surau di Parlimen Setiawangsa bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Sumbangan telah disampaikan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad kepada tujuh buah masjid dan 52 surau di mana masing-masing menerima RM2,000 dan RM2,500 bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan seperti jamuan berbuka puasa, moreh, edaran bubur lambuk serta bantuan kepada golongan asnaf di sini.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua masjid dan surau yang aktif membantu kariah ketika pandemik COVID-19, malah banyak juga yang menghayati konsep rahmatan lil alamin dengan membantu jiran-jiran termasuk yang bukan Islam.

“Saya berharap sumbangan itu dapat membantu menghidupkan aktiviti-aktiviti pada bulan yang mulia sebagai madrasah ruhiyyah untuk seluruh warga Setiawangsa,” kata Nik Nazmi.

Majlis penyampaian sumbangan di Masjid Mu’az Bin Jabar, Setapak telah dihadiri pengerusi-pengerusi, bilal, imam, serta ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda