Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

SKMM Sentiasa Mainkan Peranan dalam Isu ‘Scam’

By 18 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memainkan peranan membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan isu-isu penipuan.

“SKMM juga memainkan peranan penting dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menubuhkan satu pasukan khas untuk menangani ‘scammer’.

“Pasukan ini berperanan sebagai rakan pembantu selia perkhidmatan perniagaan dalam talian,” ujar Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan Alyas Roy Haji Amir ketika merasmikan Program Jom Bijak Internet @ Lembah Pantai di PPR Sri Pantai, di sini hari ini.

“Salurkan aduan anda kepada pihak SKMM jika tuan puan ditipu. Kami berjanji akan membantu menyelesaikan masalah ini dan buat sehabis baik.

“Adukan kepada pihak polis mengenai nombor telefon yang meragukan. Kami akan ambil tindakan dan sekat nombor tersebut dengan kerjasama rakan strategik,” katanya.

Program anjuran SKMM dengan kerjasama PDRM, Shopee dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai ini memberikan pendedahan mengenai isu ‘scammer’, Malaysia Madani dan keselamatan internet untuk memberi maklumat yang berguna kepada masyarakat di sini.

Turut diadakan pemberian baucer ‘Back to School’ kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Lembah Pantai/Segambut Kyadizah Abd. Hamid,
Pegawai Penyiasat Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields Inspektor Fadhil Zil Ikram Adzmi, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai Encik Mohd. Talib dan wakil dari Shoppe Malaysia Dikhwan Hadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda