
Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Melaka)/FB MBMB
AYER KEROH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada Jumaat lalu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang dipilih sebagai penganjur telah melancarkan satu projek inovasi iaitu ESS-15 atau lebih dikenali sebagai ‘Environment Sensor Station’.
Menurut Datuk Bandar MBMB Shadan Othman, ESS-15 diperkenalkan ini sebagai salah satu cara untuk mencapai standard kualiti udara yang baik dalam perancangan memperkenalkan zon udara bersih di kawasan Bandar raya Melaka.
“Ini adalah usaha giat MBMB bagi menuju bandar raya sihat, bersih, pintar dan berdaya huni,” ujarnya
Selain itu turut diadakan majlis penyampaian anugerah, penyampaian bendera dua dekad MBMB dan penyampaian sumbangan jom ke sekolah.
-ZS-