Laporan/foto: Amirul Azim Othman/Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis penyampaian watikah Tauliah Sidang dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali di Auditorium Masjid Al-Azim, Jumaat lalu.
Menurut Sulaiman Md Ali watikah ini bukanlah hanya sekadar sebuah kertas yang kosong, namun ianya merupakan sebuah amanah yang besar untuk dipikul oleh setiap Sidang dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dilantik.
“Kejayaan sesebuah organisasi bukanlah semata-mata bergantung kepada pengurusan tertinggi, namun rantaian organisasi yang cekap merupakan faktor utama perlu diberi keutamaan agar segala maklumat dapat disampaikan serta diselesaikan,” ujarnya.
Seramai 301 Sidang dan 316 Ahli JPKK telah ditauliahkan bagi tahun 2023.
-ZS-