Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Meriahnya Kejut Sahur di Tawau

By 27 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti kejut sahur dibuat secara berkumpulan antara 20 hingga 30 orang mengelilingi Kampung Kongsi 10 diiringi paluan kompang dan tambur mendapat sambutan positif.

Pengerusi Belia Kampung Kongsi 10, Azizi Usman, 34, berkata aktiviti ini dijalankan secara ikhlas, sukarela dan disertai pelbagai lapisan usia termasuk orang dewasa, belia dan kanak-kanak.

“Kenderaan akan bergerak perlahan melewati rumah penduduk seawal jam 2 pagi hingga 4 pagi sebelum masuknya waktu imsak.

“Selain itu, aktiviti ini boleh menjadi ronda jenayah di kawasan kampung kami dan insya-Allah jika tiada kekangan kami akan teruskan pada tahun akan datang,” katanya.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan suasana aktiviti ini agak bising, namun impak dari aktiviti tersebut berjaya mengejutkan orang kampung untuk bangun menyiapkan juadah bersahur.

“Sebenarnya aktiviti kejut sahur ini bermula sejak tahun 80-an, namun dihentikan seketika pada 2020 akibat pandemik COVID-19,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda