Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bazar Ramadan Rahmah Dapat Sambutan

By 27 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 27 Mac (Malaysiaktif) – Peniaga makanan dan minuman di negeri Perlis turut menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan Menu Rahmah di Bazar Ramadan Rahmah di Persiaran Wawasan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyediakan Bazar Ramadan Rahmah khusus bagi pengguna mendapatkan pelbagai Menu Rahmah.

Seramai 39 peniaga yang mengambil bahagian di Bazar Ramadan Rahmah tersebut menjual Menu Rahmah pada harga maksimum RM5.

Salah seorang peniaga Dr Ahmad Fadhzil Mohamad, ketika ditemui di sini kelmarin, berkata sambutan bagi murtabak Menu Rahmah di gerai jualannya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Bermula pukul 2.30 petang pelanggan telah mula beratur untuk mendapatkan Menu Rahmah istimewa kami Murtabak Sardin dengan harga RM5 dan sekarang pukul 5.00 petang semua murtabak sudah habis.

“Setiap hari kami boleh menjual lebih 100 keping murtabak,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Fadhzil pada setiap hari Khamis, pengunjung yang pertama kali datang ke bazar ini akan menerima e-Wallet sebanyak RM20.

-ZS-

Tinggalkan komen anda