Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ops Tiris KPDN Sandakan Tumpas Penyelewengan Diesel Bersubsidi

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus/KPDN Sandakan (Sabah)

SANDAKAN, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Kegiatan penyelewangan barang kawalan diesel dalam OPS TIRIS sebuah stor tidak bernombor di Kampung Melayu, Batu 8, Sandakan berjaya ditumpaskan pada Khamis.

Menurut Ketua Cawangan Pejabat Kementerians Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan Azdy Zukkry John, pasukan serbuan menjumpai dan menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel di dalam ‘skid tank’ berserta alat-alat yang disyaki digunakan untuk menyeleweng iaitu sebuah ‘skid tank’ berkapasiti 10,000 liter, satu unit pam enjin dan hos dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 4.00 petang.

“Hasil serbuan tersebut berjumlah nilai sitaan keseluruhan sebanyak RM9,600.

“Tambahnya, seorang lelaki warga tempatan berumur 64 tahun yang dipercayai pekerja di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

Selain itu, Azdy berkata siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda