Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bulan Wakaf Negeri Sembilan Galak Ummah Berwakaf

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Kehadiran Bulan Ramadan pada tahun ini telah diserikan lagi dengan sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan.

Bulan wakaf ini diwujudkan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam tentang kepentingan ibadah wakaf dan menggalakkan amalan tersebut melalui produk-produk wakaf yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Islam (MAINS).

Seorang peserta Nurul Izwani Azmi, 43, meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menghadiri program ini.

“Pada hari ini saya telah dapat menimba pelbagai ilmu terutamanya mengenai wakaf di mana ianya merupakan fardu ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Dalam Majlis ini pelbagai penyerahan manfaat wakaf telah diserahkan seperti bas wakaf kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, penyaman udara, kipas gergasi dan karpet kepada surau, televisyen pintar kepada sekolah dan lain-lain lagi yang dianggarkan berjumlah RM 85,991.00.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali, Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Adnan Mat dan Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda