Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Pesawat Terhempas dan Terbakar’ Berhampiran LTAPP

By 22 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ainsyah Hamid (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Simulasi sebuah pesawat terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah diadakan pada sesi Latihan Simulasi Bencana Udara peringkat negeri Pulau Pinang, semalam.

Pelbagai jabatan dan agensi terlibat dalam latihan yang dijalankan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Antara agensi terlibat ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri, Malaysia Airports Holdings Berhad, Kementerian Kesihatan dan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara.

“Tujuan simulasi ini diadakan ialah, kita sebenarnya hendak menguji pelan tindak balas kecemasan dan juga kesiapsiagaan, pengurusan dan bantuan bencana Pulau Pinang sebagaimana yang ditetapkan di bawah Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata Mohd Sayuthi kepada media.

Latihan ini antara lain menyediakan latihan persediaan dan tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat dalam menghadapi apa jua bencana udara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda