Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL Pandang Serius Peningkatan Kes Denggi

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Unit Kawalan Vektor Labuan

LABUAN, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) memandang serius peningkatan kes demam denggi di beberapa penempatan di pulau itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Mohd Ismail, PL sebagai pihak berkuasa tempatan memandang serius isu tersebut yang boleh menjejaskan imej Wilayah Persekutuan Labuan jika gagal dikawal.

“Kita adakan mesyuarat khas bersama agensi-agensi terlibat dan pemilik-pemilik tanah untuk mencari jalan penyelesaian khususnya mengenai pembuangan sampah yang tidak teratur.

“Kita mengambil tindakan segera seperti melaksanakan program gotong-royong perdana bersama penduduk di lokasi yang terlibat untuk meningkatkan sifat bertanggungjawab terhadap isu itu,” katanya yang ditemui media semalam.

Jelasnya, penduduk di kawasan penempatan yang terlibat perlu membudayakan sikap menjaga kebersihan di persekitaran tempat tinggal mereka.

“Penglibatan semua penduduk dalam memupuk kesedaran dan budaya menjaga kebersihan diperlukan agar mengatasi masalah ini sekaligus mampu menjaga imej pulau Labuan.

“Selain itu, PL turut melihat isu peningkatan kes demam denggi menerusi pelbagai aspek seperti sistem perparitan dan kumbahan yang lebih sistematik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda