Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

241 Murid Parlimen Hang Tuah Jaya Terima Bantuan Persekolahan

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 241 murid sekolah rendah dari 24 sekolah melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bukit Katil, DUN Ayer Keroh dan DUN Ayer Molek menerima sumbangan awal persekolahan bagi sesi akademik 2023 yang bermula hujung bulan ini.

Penyelaras DUN Bukit Katil Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata sumbangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM48,000.

“Pemberian sumbangan dalam bentuk baucar bernilai RM200  kepada setiap penerima bagi membeli kelengkapan sekolah seperti pakaian, beg dan alat tulit di Pasar Raya Hari-Hari di cawangan berhampiran.

“Kesemua murid yang dipilih ini merupakan golongan B40, dan diharapkan dengan bantuan awal persekolahan ini dapat meringankan beban ibu bapa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Persekolahan Rendah Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka Sesi Akademik 2023 Peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya di Dewan Hang Tuah, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda