Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘Bowling Comme’ Erat Hubungan Sesama Jabatan

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 22 pasukan melibatkan 15 jabatan, agensi dan pengamal media di negeri Perak menyahut cabaran untuk beraksi dalam pertandingan ‘Bowling Comme’ di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, di sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Mohd Azlan Helmi Helmi, berkata program sukan sebegini merupakan antara inisiatif yang diusahakan bagi mengeratkan hubungan ukhwah sesama peserta selain menjadi wadah kepada kerjasama strategik antara jabatan dan agensi di seluruh negeri.

“Hubungan kerjasama kita tidak akan berakhir di sini. Insya-Allah akan ada banyak lagi program yang bakal dilaksanakan selepas ini,” ujarnya.

Johan bagi kategori berpasukan menerima hadiah wang tunai RM300 bersama piala iringan manakala johan bagi kategori individu lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang hadiah berupa peralatan elektrik bersama piala iringan.

Peserta Rozaimah Ablah dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menyatakan rasa teruja apabila meraih kemenangan berganda sebagai johan bagi kategori berpasukan dan individu wanita.

“Sebenarnya saya tidak menjangkakan untuk menang namun berasa amat bersyukur ketika diumumkan sebagai johan. Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput JPJ,” tambahnya.

Turut mengambil bahagian ialah ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda