Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek Tebatan Banjir di Johor Dipercepatkan

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/ Nor Sofian Abd Manan

SEGAMAT, 6 Mac (Malaysiaaktif) – “Kerajaan memandang serius terhadap masalah banjir yang dihadapi di negeri Johor ini dan dengan itu kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukan RM600 juta untuk Projek Tebatan Banjir di negeri Johor.

“Projek ini akan dipercepatkan dan akan dimulakan selewatnya-lewatnya pada bulan Jun ini”.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, di sini semalam.

Anwar Ibrahim turut meluahkan rasa bangga terhadap pengurusan bencana kerajaan negeri Johor yang telah menguruskan mangsa banjir dengan sangat baik dari semua aspek.

“Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menghantar bantuan lori sampah bagi membantu kerja-kerja pembersihan dalam pasca banjir di negeri Johor,” katanya.

Anwar turut memberi amaran keras kepada semua pihak untuk tidak menyalahgunakan peruntukan-peruntukan mangsa banjir dan tidak mencari peluang untuk mendapatkan habuan tambahan daripada projek ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda