Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ikan Haruan ‘Bertuah’ Tewaskan 112 Peserta

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Kedah)

YAN, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Walaupun hanya meraih tempat ketiga apabila mendaratkan ikan haruan ‘bertuah’ seberat 332 gram, Zulkifli Abd Halim, 41, atau lebih dikenali sebagai Dik Wan dari Kampung Palas ,Tobiar, dipilih oleh penganjur untuk menjadi johan dan menerima hadiah wang tunai RM500.

Beliau mengalahkan dua peserta dengan berat ikan masing-masing seberat  602 gram dan 364 gram dalam pertandingan memancing di kebun Nyoq D’Paya, Kampung Tanjung Radin, di sini Sabtu lalu.

Menurut Zulkifli, ini merupakan kali kedua beliau menyertai pertandingan yang diadakan di sini dan pada kali ini ‘tuah’ telah menyebelahinya apabila berjaya mendaratkan ikan tersebut dengan menewaskan 112 peserta lain.

Penganjur program yang juga pemilik kebun Nyoq D Paya Norazam Abd Manan, 33, berkata, tidak seperti kebiasaan pertandingan memancing yang dianjurkan sebelum ini di mana tempat pertama yang akan menjadi johan, tetapi saya memilih untuk tempat ketiga yang bertuah pada kali ini.

“Pelbagai ikan darat seperti haruan, puyu, sepat ,belida dan pelbagai jenis ikan sungai dibiarkan bebas di dalam tali air di sini.

“Di samping itu saya turut menanam pokok sebagai pendapatan sampingan keluarga saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda