Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Klinik Insolvensi Bantu Individu Hadapi Masalah Bankrap

By 6 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Shahqrul Azim Shaari

KOTA TINGGI, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Program Celik Kewangan, Klinik Insolvensi dan Klinik Bantuan Guaman adalah inisiatif kerajaan bagi membantu individu yang bankrap.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan mengenai pendekatan dasar ‘Permulaan Baharu’ dalam mengendalikan hal ehwal kebankrapan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Katanya, Ini termasuk pelepasan bankrap secara automatik pada masa yang singkat setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Penambahbaikan terhadap perkhidmatan bantuan di Malaysia termasuk menaikkan had kelayakan bagi perkhidmatan bantuan guaman yang ditawarkan dari RM30,000 kepada RM50,000 selain meluaskan bidang kuasa sedia ada Jabatan Bantuan Guaman turut akan dilaksanakan.

“Setakat Januari, lebih 260 ribu kes bankrap telah direkodkan yang turut melibatkan para belia majoritinya Melayu dan kerajaan mahu trend ini dihentikan melalui pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 dimana 130 ribu rakyat dilepaskan daripada status bankrap,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Felda Tunggal, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Dato’ Wan Jeffry Kassim, Ketua Pengarah Insolvensi M. Bakri Ab Majid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar Fauziah Misri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda