Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

RM2 Juta untuk Naik Taraf Enam Balai Bomba di Kelantan

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar/Shahrir Mohamad Nor

BACHOK, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Kelantan sempena Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA), di sini semalam.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peruntukan tambahan itu bertujuan menaik taraf serta menyelenggara enam balai bomba bagi meringankan beban dan mempertingkatkan tahap kecekapan pasukan bomba dalam menghadapi cabaran.

“Saya sekali lagi pada hari ini menambah peruntukan kepada Jabatan Bomba Negeri Kelantan sebanyak RM2 juta. Peruntukan tambahan diluluskan bagi menyelenggara serta menaik taraf enam balai bomba termasuk balai bomba Kota Bharu, Balai Bomba Machang, Balai Bomba Rantau Panjang, Balai Bomba Kuala Krai juga ibu pejabat bomba Kelantan,” katanya.

Nga turut mengumumkan kenaikan Bayaran Insentif Menyelam (BIM) daripada RM100 kepada RM200 berkuat kuasa serta-merta

KPKT dengan kerjasama JBPM negeri Kelantan turut menjalankan kempen kesedaran keselamatan di air bagi menyebarkan informasi dan meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan semasa menjalankan aktiviti di air.

Berdasarkan statistik yang direkodkan JBPM sepanjang tahun 2022 seramai 255 orang mangsa telah dilaporkan meninggal dunia akibat lemas dengan menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda