Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perkhidmatan Awam Perlu Menjadi Tulang Belakang kepada Pentadbiran dan Pembangunan Sesebuah Negeri – Sultan Kedah

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Sejarah 1923 mencatatkan satu perjanjian yang mengikat antara Kerajaan Kedah dan Kerajaan British yang mengharapkan Perkhidmatan Awam Kedah diisi oleh Pegawai Melayu Kedah, sebuah Sekretariat Negeri berperanan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Kedah yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah supaya perkhidmatan awam menjadi satu badan yang kekal relevan pada masa hadapan.

“Beta berharap perkhidmatan awam Negeri Kedah menjadi sebuah organisasi yang dinamik serta bersifat pemudah cara dalam mengurangkan parameter birokrasi serta ‘rigidity’ (kekakuan).

“Amalan budaya kerja berintegriti dan berdisiplin perlu diterapkan supaya rakyat lebih yakin dengan komitmen yang digalas oleh setiap penjawat awam terutama di negeri Kedah. Rakyat akan melihat dan menilai apa jua tingkah laku yang mencerminkan indentiti penjawat awam.

“Justeru, beta menegaskan kepada semua penjawat awam supaya bertanggungjawab untuk menjaga hak kepentingan dan kerahsiaan Kerajaan Negeri serta tidak membocorkan maklumat rahsia kerajaan kerana ianya mengganggu gugat keselamatan kerajaan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perjumpaan Sultan Kedah Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda