Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Rumah Baharu untuk Nelayan Melaka

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

KUALA SUNGAI BARU, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 60 orang nelayan bertuah di Melaka menerima sebuah rumah baharu yang diserahkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Majlis Penyerahan Rumah Nelayan di bawah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Negeri Melaka, di sini semalam.

Muhamad Sabu, kerajaan dengan sokongan pihak Agrobank terus berusaha untuk menyiapkan projek rumah yang tergendala sejak tahun 2014 itu.

“Projek ini telah disiapkan sepenuhnya pada Disember tahun lalu dan sebanyak 60 buah rumah jenis berkembar Semi-D dibangunkan di atas tanah yang berkeluasan 5.6 hektar,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Yusof Othman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka Badaruddin Mohd Kassim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda