Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Polis ke-216 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Baling Disambut Penuh Penghormatan

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaharah Ismail (Baling)

BALING, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Baling disambut dengan  penuh penghormatan, di sini semalam.

Walaupun pada tahun 2022 banyak bencana alam yang berlaku di daerah Baling, namun begitu atas kerjasama yang erat daripada setiap agensi yang diketuai Pegawai Daerah Baling telah banyak menyelesaikan masalah-masalah rakyat di daerah Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat berkata kadar jenayah berjaya diturunkan hampir 15 peratus berbanding tahun 2022 di daerah Baling dan keadaan keselamatan di daerah Baling masih baik dan terkawal.

Sambutan Peringatan Hari Polis yang disambut setiap 25 Mac pada setiap tahun ini memberi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas segala jasa dan  khidmat bakti kepada masyarakat dan Negara.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Baling DSP Charan Ai Wan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda