
Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)
TAWAU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Yayasan Nur Jauhar (YNJ) terus komited membantu golongan kurang berkemampuan dengan kerjasama kerajaan negeri.
Dalam kesempatan kali ini, YNJ menyantuni Rumah Warga Tua Air Panas Tawau bagi menyampaikan sumbangan.
Penguasa rumah, Sunerti Abdul Namsah, berkata ia merupakan ziarah amal yang julung kali diadakan namun memberi seribu makna buat penghuni di situ.
“Seramai 38 orang warga emas di sini menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan buah tangan,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.
Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni merupakan penaung yayasan tersebut.
-ZS-