Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

81 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan Bencana

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ku Nurul Sham/Muhammad Syafiq (Padang Terap)

PADANG TERAP, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 81 mangsa banjir menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) 2023, di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, di sini semalam.

Menurut Pegawai Daerah Padang Terap Azmin Zainol Abidin, penerima bantuan ini adalah mangsa banjir di kawasan Mukim Batang Tunggang Kiri, Mukim Belimbing Kiri Mukim Kurong Hitam dan Mukim Tualak yang berlaku pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan ihsan yang ditemui, Mek Bu Salleh, 72, dari Mukim Belimbing Kiri, melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima.

“Syukur alhamdullilah kerana telah diberikan bantuan ini yang sedikit sebanyak akan membantu saya meneruskan kehidupan seharian, ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadan yang semakin hampir tiba.

“Bukan sahaja prosedur permohonan bantuan berjalan lancar dan tidak banyak kerenah, proses penerimaannya juga sangat mudah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda