Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Seminar Pembangunan dan Pengurusan Strata Tahun 2023 Dapat Sambutan Menggalakkan

By 3 Mac 2023Mac 4th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JUPEM Labuan

LABUAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Seminar Pembangunan dan Pengurusan Strata Tahun 2023 anjuran bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Labuan dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Labuan berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan sasar pada 1 Mac lalu.

Menurut satu kenyataan JUPEM Labuan pagi tadi, Penganjuran seminar itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada kumpulan sasaran yang terdiri pihak pemaju, penilai, Joint Management Body (JMB), Jurukur Tanah Berlesen, Arkitek, Syarikat Guaman dan agensi kerajaan mengenai intipati Akta Hakmilik Strata, Pengurusan Bangunan dan lain-lain pekeliling/garis panduan strata.

“Seminar ini memandu arah kumpulan berkenaan mengenai pelaksanaan prosedur kerja strata yang betul selaras dengan pewartaan Kaedah-kaedah Hakmilik Strata (W.P. Labuan) pertama yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

“Seminar ini dihadiri hampir 120 orang peserta dari Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Negara Brunei dengan menampilkan barisan penceramah yang berkaliber serta berpengalaman luas dalam ilmu teknikal dan pengurusan strata,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, seminar tersebut menerima “Good Response & 5 Star Rating” daripada peserta-peserta seminar berharap program itu akan menjadi satu tanda aras bagi meneruskan momentum pemerluasan ilmu dan “technology update” berkaitan aktiviti strata pada masa-masa akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda