Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tanjak Warisan Pusaka Pahlawan Melayu

By 14 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah) 

KOTA BHARU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Tanjak yang merupakan busana kepala lelaki Melayu menonjolkan sifat kepahlawanan dan menyerlahkan keperwiraan pendekar sejati apabila digayakan bersama sampin, baju Melayu serta keris di pinggang.

Seorang penggubah dan peniaga gerai jualan tanjak tradisional di Pasar Pagi Bulatan Tuan Padang, di sini Hisham  Hassan, 62, ketika ditemui baru-baru ini, berkata tanjak warisan nenek moyang orang Melayu suatu ketika dahulu hanya dipakai pada majlis-majlis di istana/

“Kini tanjak dipakai oleh semua golongan masyarakat untuk tampil bergaya asalkan sesuai dengan majlis yang dihadiri.

“Tanjak melambangkan ketokohan si pemakainya. Apabila ada tanjak di kepala, pasti rasa segak dan perkasa di tambah keris di pinggang,” katanya.

Hisham yang turut dibantu isterinya Roslina Che Musa, 54, berkata terdapat beberapa jenis tanjak seperti Putera Kayangan, Balung Raja, Mahkota Alam dan banyak lagi.

“Jika dibuat dari kain songket bersulam benang emas, harganya lagi mahal tetapi menarik,” jelas beliau.

“Tempahan paling banyak ialah Putera Kayangan, sebab bentuk yang agak unik dan menarik. Apabila dipakai terasa macam putera raja, gagah perkasa dan tampan. Harganya pula antara RM60 hingga RM200 bergantung kepada jenis tanjak dan kain.

Seorang kakitangan kerajaan yang juga peminat tanjak, Sabaruddin Rifin, 56, berkata masyarakat Melayu sekarang perlu memiliki tanjak sebagai mewarisi kepahlawanan bangsa Melayu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda