Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Zoo Haiwan Jinak Beri Peluang Orang Ramai Bermesra dengan Haiwan

By 14 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Zoo haiwan jinak menjadi antara lokasi tumpuan golongan ibu bapa dan penggemar haiwan peliharaan untuk mengisi masa terluang sambil mendekati serta bermesra dengan haiwan pelbagai spesis yang dipamerkan.

Pavilion Petting Zoo di Gunung Lang menempatkan lebih 50 spesis haiwan termasuk kambing biri-biri, arnab, rakun, ‘sugar glider’, hamster, katak, ular, iguana serta pelbagai spesis burung dan ayam.

Menurut penyelia Mimi Shahirah, zoo ini mula beroperasi pada Disember 2020 hasil usaha sama dengan Majlis Bandaraya Ipoh dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

“Zoo kami dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari Selasa.

“Harga tiket ditetapkan pada satu harga sahaja iaitu RM8 (warganegara) dan RM12 (warga asing) namun bagi kanak kanak berumur dua tahun ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, masuk adalah percuma,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pengunjung dari Johor, Nur Aina Syakirah, 28, berkata ini merupakan kali pertama beliau berkunjung ke sini dan mendapati haiwan-haiwan di zoo haiwan jinak tersebut sangat jinak sehingga boleh dipegang, didukung dan dibelai.

“Kami sedang bercuti sambil melawat tempat-tempat menarik di negeri Perak dan dapat tahu mengenai zoo ini menerusi perkongsian orang ramai di aplikasi TikTok dan Facebook,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda