Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)
KUALA KRAI, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Warung ikan sungai Kampung Bekok yang terletak kira-kira 3km dari bandar Kuala Krai merupakan antara kedai yang menjalankan perniagaan berasaskan ikan sungai dengan menawarkan harga yang mampu dibayar.
Menurut pemilik kedai Rahmah Rashid, 60, ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata, bekalan ikan sungai diperolehi dari orang tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Kampung Bekok.
Seorang pengunjung, Zuraila Rasali, 50, berpuas hati dengan masakan ikan sungai yang terdapat di sini.
“Aneka masakan ikan sungai seperti goreng, gulai asam pedas, gulai tempoyak, kari dari jenis ikan lampam, baung, jhoro dan udang galah adalah menu utama yang disediakan.
“Ternyata sekali menyengat dan berjaya menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung menjamu selera,” ujarnya.
Siti Aishah, 25, pelanggan ketika ditemui menyarankan orang ramai yang ingin menikmati masakan ikan sungai dengan harga yang berpatutan boleh datang ke warung tersebut yang dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 3.00 petang.
-ZS-