Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

16 Pelatih PDK terima Sumbangan Hari Raya

By 15 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)/Pusat Khidmat DUN Serom

TANGKAK, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 16 pelatih Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Jauhar Parit Bunga telah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri bersempena Sentuhan Kasih Ramadan bersama pelatih-pelatih daripada PDK Jauhar Parit Bunga semalam.

“Sumbangan ini diberikan kepada pelatih-pelatih bagi meringankan beban membeli kelengkapan serta memberikan kegembiraan pada hati mereka tatkala Syawal akan tiba tidak lama lagi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail.

“16 bakul makanan serta Sumbangan Wang Tunai Sentuhan Kasih Ramadaan sebanyak RM100 telah diagihkan.

“Sumbangan pentadbiran mengurus juga diberi supaya pengurusan badan bukan kerajaan (PDK) ini lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata,” katanya.

Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tangkak Erliyani Md Yusak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda